Saturday, March 30, 2013

Perkara yg perempuan xsempat nk bgtaw kat guys...

 

30 things yg gugurl xsempat nak bgtaw kat their loved one .....


 Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

   Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

  Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

 Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia
akanlakukan apa saja.

      Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


 Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

 Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

 Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

 Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap
acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

 Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

 Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

 Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

 Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

 Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku
cinta.

 Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian
barulah dirinya sendiri.

 Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

 Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

 Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

        Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata 



        nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

    Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa



        sebarang kompromi.

 Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

 Senjata wanita adalah airmata!!


Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni
dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

     Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

   Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Friday, March 29, 2013

kenapa lelaki suke marah perempuan & we fight & we fight..

Hye gugurls...mesti u olls pun pernah alami pe yg cik afa alami skung ni kan...owh sakit gile hati dengan lelaki...jum kite usha kat bawah ni :







Bagi wanita  kehilangan teman lelaki menyakitkan emosi dan mental. Saya telah menghabiskan banyak malam menangis ke bantal saya. Saya sentiasa menganggap bahawa kerana dia tidak menelefon  saya lagi bahawa dia telah pun melupakan saya. Oleh itu saya akan  menangis sambil memandang  ke telefon dan merasa rendah hati  apabila saya terserempak dengan dia bahawa dia kelihatan sangat tenang!! .... SALAH!!

Saya telah belajar bahawa sebenarnya sesetengah lelaki mempunyai kelewatan untuk mencapai emosi kesedihan. Perempuan pula akan menangis, menangis dan menangis lagi.Perempuan akan  melepaskan kesakitan dengan sentiasa berkongsi pengalaman mereka. Ia membantu mereka lebih cenderung untuk mempunyai rangkaian yang kuat di sekeliling mereka, ditambah dengan hakikat bahawa mereka lebih suka bercakap. Lelaki pula berbeza mereka akan cuba untuk mengebumikan perasaan mereka. Mereka akan menyebukkan  diri dengan apa-apa dan segala-galanya.Bukan kerana mereka tidak mempunyai sesiapa untuk bercakap . Saya hanya tidak fikir mereka suka untuk pergi ke tempat yang membincangkan bagaimana mereka rasa.