RecEPies (^^!)


 Resepi kek turun-temurun  4RITE miss a'fa...kek cokelat^^! nyum2

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara

first sekali korang kene Pukul telur hingga kembang,
Masukkan gula then pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk...

Selamat mencube kengkawan ^^!




finally^^ ni la hasinyer!! SELAMAT MENJAMU selere


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI PUDING BUAH-BUAHAN







Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail

Cara-cara

  1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
  2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
  4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.