Healthy LIfe !




Bagaimana mahu merawat hati yang terluka ini?
muhasabah dulu punca kelukaan.

1. kebanyakan punca datang dari hati yang tidak redha.

2. hati yang tidak redha terjadi kerana tapaknya kotor dan hitam.

3. tapak hati hitam dan kotor kerana banyak melakukan maksiat.

4. maksiat berlaku kerana berpunca dari makanan yang tidak bersih dan halal.

5. makanan yang tidak bersih dan halal membuatkan kita melewatkan solat atau terus mengabaikannya kerana hati tidak rasa bersalah mensia-siakan solat.

6.andai kita jaga pemakanan , maka 80% solat kita terjaga.,  bila solat dapat dijaga, kita mudah mendapat solat yang khusyuk. apabila solat kita khusyuk, kita mampu membersih hati dan menjaga peribadi.
apabila peribadi terjaga, hati bersih. emosi tidak mudah tercalar kerana kita berupaya sabar dan mengakui segala sesuatu yang berlaku adalah kerana izin Ilahi dan pastinya ada hikmah disebaliknya.
meyakini sesuatu itu yang terbaik untuk kita kerana ia dtang dari Allah memerlukan fokus.
untuk fokus bahagian hipothalamus otak perlu kuat dan bertenaga.
untuk mendapat hipothalamus yang kuat dan bertenaga kita perlukan tidur delta dan tidur delta hanya boleh dicapai bila kita menjaga adab tidur dan tidur seawal lepas isyak dan bangun tahajud di 2/3 malam.
emosi yang terluka adalah lemparan cas-cas elektromagnet yang boleh dikawal hanya dengan menggunakan mind power atau kekuatan minda.
semudah mengatakan aku berfikiran positif dan percaya.
cuballah. katakan sekarang , ” aku berfikiran positif , aku redha, aku menyayangi diriku dan aku menerima diriku seadanya”. sertakan dengan tapping, keberkesanannya melonjak.
hidup ceria, berilmu .




2)  MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:- 

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)




TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb
2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab :
- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup

Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA
1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK

Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.

2 JENIS STROK ASAS

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET
1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goring.

UBAH GAYA HIDUP
* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman







3) PERUT MERUPAKAN TEMPAT SEGALE JENIS MAKANAN DIHADAMKAN..TUL X GUYS?SO ,MENGIKUT PER YG AKU BLAJO KANAK2 LAH YG PALING KERAP MENGHIDAPI MASAALAH SAKIT PERUT!




CACING KERAWIT @ SCIENTIFIC NAMENYE ENTEROBIUS VERMICULARIS NILAH PARASITE YG SUKE ATTACK DAK KECIK


 


                                                    NILAH UPENYER


SELALUNYER PARASITE NI BOLEH ADE KAT MANE2 JER..TERUTAMNYER DARI TANAH LAH KAN..KAN DAK2 KECIK MMG SUKE TERJUN DALAM LIMBAH..HAHAH NORMAL LAH TU...olEH YG DEMIKIAN CACING NI AKN ATTACK DAK2 KECIK MELALUI DUBUR DI KALA MALAM HARI...dAN DAK2 KECIK PUN AKAN RASE GATAL KAT BAHAGIAN DUBUR LAH...

CARA PENCEGAHAN NYER IALAH....

MAKANLAH ANTIBIOTIC