Istanbul Aku Datang menceritakan tentang kehidupan seorg gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.
Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.
omg....lisa are really2 awesome....cuty sgt2...and so..snd so....
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.
omg....lisa are really2 awesome....cuty sgt2...and so..snd so....
masyuk dalam paper Sinar HARian ^^!
Istanbul, Aku Datang terjemah erti kesetiaan
9 November 2012
Filem bergenre romantik mungkin sudah biasa menjadi taruhan penerbit filem mahupun drama di negara ini.
Justeru, bagi mendapatkan kelainan, Grand Brilliance dan Red Films membawakan sebuah kisah romantik komedi, Istanbul, Aku Datang.
Filem arahan Bernard Chauly dan dijayakan oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan melihat percubaan Aizat Amdan dalam bidang lakonan.
Kisah bermula apabila Dian (Lisa Surihani) ke Istanbul untuk mengejutkan teman lelakinya, Azad (Tomok) yang merupakan pelajar jurusan perubatan. Dian bertekad untuk mengambil kursus pendek di sana, di samping merancang pelbagai taktik bagi meyakinkan Azad untuk melamarnya sebelum Dian pulang ke tanah air.
Namun perancangan dan kegembiraan Dian terbantut apabila Azad meminta Dian untuk menyewa rumah sendiri. Dian mencekalkan diri dan meminta bantuan seorang lelaki Turki untuk menyewakan sebuah bilik. Malangnya, Dian telah ditipu sehingga memaksanya untuk berkongsi rumah dengan Haris (Beto).
Lalu, berlakulah konflik mengenai perebutan apartmen dan lebih malang, Azad mengetahui bahawa Dian menyewa rumah bersama seorang lelaki.
Secara keseluruhannya, filem arahan Bernard ini memang menarik untuk di tonton, apatah lagi keseluruhan filem ini dirakamkan di Istanbul, Turki dan sekali gus membawa penonton melayari keindahan kota peninggalan empayar Uthmaniyyah itu.
Pergerakan plot yang baik serta kesinambungan yang cantik membuatkan penonton akan terasa seolah-olah berada di Istanbul.
Begitu juga dari segi runut bunyi yang banyak membantu mencantikkan filem ini. Dari segi lakonan pula, percubaan Tomok dalam filem keduanya ini tidak mengecewakan. Begitu juga Aizat, biarpun pertama kali berlakon, Aizat tidak nampak kaku dan berjaya membawakan wataknya dengan baik.
Manakala Lisa dan Beto terus memberikan lakonan mantap yang menarik perhatian semua. Bagi mengetahui kesudahan kisah cinta Dian dan Azad serta konflik Dian bersama Haris, jangan lupa saksikan Istanbul, Aku Datang di pawagam.
Istanbul Aku Datang
PENGARAH : Bernard Chauly
PELAKON : Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok, dan Aizat.
GENRE : Komedi/Romantik
DURASI : 99 minit
KLASIFIKASI : U
TAYANGAN : 8 November 2012
KESELURUHAN : * * * *
No comments:
Post a Comment